Isu (ICT dlm P&P)

Perbincangan pada hari ini adalah tentang pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan ICT dalam pendidikan? Ia dapat didefinisikan sebagai penggunaan ICT yang terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebuah laporan yang dibuat oleh National Institute of Multimedia di Jepun, “peningkatan pendedahan pelajar melalui kurikulum pendidikan integrasi ICT mempunyai kesan yang signifikan dan positif tentang prestasi pelajar, terutama dalam hal ‘pengetahuan dan pemahaman’, ‘kemahiran praktikal’ dan ‘presentasi kepakaran’ dalam bidang pengajian seperti matematik, sains dan pendidikan sosial.
           Penggunaan ICT juga mampu memberi gambaran yang mudah tentang pembelajaran dan meningkatkan memori pelajar. Malahan, pemahaman pelajar terhadap arahan kompleks oleh pengajar juga dapat dijelaskan dengan mudah dan menjadikan pelajar lebih bermanfaat dalam mendapatkan pembelajaran yang menarik bagi mendapatkan tumpuan 100% daripada pelajar. Namun, isu utamanya adalah kenapa konsep ICT ini masih belum mencapai motif sepenuhnya? Siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah keadaan pelajar kita sama seperti sekarang sekiranya konsep ICT capai motif yang ditentukan?




Maka, disini saya ingin menyatakan beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi tahap perlaksanaan pengajaran ICT supaya dapat dipertingkatkan dan dimanfaatkan oleh para pelajar di masa akan datang.


  • Badan-badan yang berkaitan harus berwaspada dalam isu ini. Mereka harus memastikan bahawa bilangan komputer yang diberikan bagi setiap sekolah adalah dalam kuantiti yang mencukupi. Oleh itu, mereka harus pertimbangkan bilangan pelajar yang belajar di sekolah tersebut sebelum menghadkan bilangan komputer yang diberikan. Selain itu, komputer juga harus diberikan kepada sekolah luar bandar yang lebih memerlukanya daripada sekolah di bandar. Hal ini kerana, mereka berkemungkinan tidak dapat mendapatkan kemudahan menggunakan komputer kerana masalah kewangan. Maka, penyediaan computer disekolah luar bandar harus lebih dipertimbangkan dalam peningkatan kualiti perlaksanaan ICT. Malahan, kemudahan membaiki komputer yang rosak juga harus disertakan kerana banyak komputer yang selalunya diasingkan kerana rosak. Maka, terpaksalah pelajar berkongsi menggunakan komputer dan hilang peluang menghayati perlaksanaan program ICT ini dengan sendiri.
  • Pihak sekolah juga harus mempertimbangkan peranan mereka dalam menjayakan pelaksanaan program ICT ini. Ia dimana para pelajar harus disediakan ruang penggunaan komputer yang selesa dan bersih bagi menarik perhatian mereka ke arah teknologi dengan mudah. Malah, situasi sebegini akan lebih disukai oleh para pelajar yang menggunakan komputer. Malahan, guru-guru yang berpengalaman ataupun guru-guru yang melengkapkan pengajian mereka dalam bidang ICT harus dilantik supaya mereka dapat mengajar anak-anak dengan lebih baik. Hal ini kerana, guru-guru sebegini akan lebih cekap dalam menangani masalah yang berkaitan ICT. Guru-guru yang dilantik juga harus dilatih dengan lebih baik bagi menambahkan lagi input yang diperolehi oleh para pelajar sekolah.
  • Ibu bapa merupakan akar umbi yang harus memberikan tunjuk ajar dan teladan yang baik kepada pelajar. Mereka seharusnya mendedahkan anak-anak tentang pentingnya pembelajaran ICT dalam kehidupan mereka. Malahan, pelajar juga harus dibantu oleh ibu bapa apabila mereka menghadapi masalah dalam ICT ini. Selain itu, mengawasi anak-anak semasa mereka mengguanakan ICT juga adalah antara peranan ibu bapa. Hal ini kerana, ramai remaja kini terjebak dengan masalah sosial melalui penggunaan ICT juga. Sebagai contohnya, penggunaan ‘Facebook’ dikalangan pelajar sekolah adalah tidak dibenarkan mengikut syarat di sistem itu sendiri. Namun, ramai yang menggunakan maklumat palsu dan aktif dalam laman sosial sebegini. Maka, ibu bapa harus memainkan peranan mereka supaya pelajar hanya mendapat faedah melalui penggunaan ICT. 
  • Guru merupakan insan yang amat penting dalam pembelajaran pelajar. Maka, dalam perlaksanaan ICT, guru tersebut harus memainkan peranan yang amat penting.  Mereka harus berusaha untuk mengajar para pelajar dengan baik. Walaupun ada pelajar yang memberi masalah, mereka harus menanganinya dengan baik dam menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar. Selain itu, keraguan yang timbul dikalangan pelajar harus diselesaikan dengan baik supaya pelajar lebih memahami ICT. Yang paling penting adalah mengajar pelajar tentang baik dan buruk penggunaan komputer. Seperti yang sedia maklum, teknologi juga mempunyai dua muka yang berbeza. Maka, pelajar harus diajar supaya mengambil hanya kebaikan dan bukannya keburukan yang mampu merosakkan aklak dan budi pekerti kita.
  • Menjadikan ICT sebagai salah satu subjek wajib disekolah adalah antara cadangan terbaik bagi meningkatkan kejayaan perlaksaannya. Hal ini kerana, sekiranya dijadikan sebagai subjek wajib, pelajar akan memberi tumpuan yang lebih mendalam bagi memahami ICT ini. Malahan, peperiksaan juga harus diadakan dan memberi sijil penghargaan juga dapat meningkatkan lagi motivasi pelajar dalam membelajari subjek ICT tersebut. Tambahan pula, waktu pembelajaran yang asing harus dibahagikan dan mendorong pelajar ke arah ICT. Ia adalah bagi meluangkan masa yang lebih lama bagi pelajar membelajari ICT ini bagi mencerahkan lagi masa depan mereka. Bah kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”

    8 comments:

    1. Hai.

      ICT kini adalah sesuatu yang wajib diketahui oleh semua. Jadi, bagi saya cadangan-cadangan yang saudari kemukakan agak menarik. ICT sememangnya mempunyai kesan serta impak yang tersendiri kepada sesebuah negara dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Maka, cadangan saudari boleh digunapakai supaya hasil yang positif dapat diraih daripadanya. Tambahan lagi, prestasi, mutu, kepakaran, kemahiran serta pengetahuan pelajar juga boleh ditingkatkan melalui pengunaan ICT dalam pendidikan.

      (^^,)

      Nama: Nurul farhana Jalani
      Matrik: A128600
      Emel: farrahannaj_89@yahoo.com

      ReplyDelete
    2. Saya bersetuju dengan saranan yang saudari berikan. Konsep ICT merupakan satu konsep yang boleh mendatangkan nilai tambah kepada Malaysia terutamanya sebagai usaha untuk menjadi setanding dengan negara maju yang lain. Oleh itu, pembinaan masyarakat yang celik IT adalah tanggungjawab bersama. Pihak pentadbir yakni kerajaan dan masyarakat sejagat sepatutnya berganding bahu untuk menerapkan serata menjadikan konsep ICT satu perkara yang diamalkan oleh rakyat negara ini.
      SITI AISHAH RAMLI
      A129308
      FSSK
      ayeisha_kentzo@yahoo.com

      ReplyDelete
    3. Pada pendapat saya, cadangan saudari adalah baik kerana ICT merupakan nadi hidup masyarakat masa kini dan penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Tanpa ICT, kita tidak dapat mengecapi sebarang perubahan dan perubahan serta penemuan baru perlu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat sejagat. Semua pihak harus mengembleng tenaga dalam menjayakan matlamat menerapkan kepentingan ICT dalam kalangan masyarakat Malaysia.

      ReplyDelete
    4. Isu yang dibincangkan amat sesuai. selain daripada meneliti masalah penggunaa teknologi dalam pendidikan, saudari telah memberi cadangan yang amat bernas kepada pihak-pihak tertentu bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan cepat dan efektif.

      Subhatra a/p Anantha Rao
      A129602
      FSSK
      Mohd Jasmy bin Abdul Rahman.

      ReplyDelete
    5. isu yang anda bincangkan agak menarik dimana anda telah membincangkan tentang masalah dalam penggunaan ICT. Sebenarnya isu ini merupakan isu yang merupakan utama yang dihadapi oleh negara kita dalam mengaplikasikan Ict dikalangan masyarakat. Oleh itu, langkah-langkah yang anda telah berikan boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.

      kokilavaani ravindran
      A129659
      Fssk
      En. Mohd Jasmy Bin Abd Rahman

      ReplyDelete
    6. Saya bersetuju dengan saranan-saranan yang saudari kemukakan untuk mengatasi isu ICT dalam pendidikan di negara kita. Menjadikan subjek ICT sebagai subjek wajib di sekolah sememangnya akan sangat membantu dalam memaksimumkan pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

      ReplyDelete
    7. saya setuju dengan langkah-langkah yang anda kemukakan. Pihak sekolah haruslah menyediakan komputer yang secukupnya untuk semua pelajar. ini adalah kerana, kebanyakan sekolah tidak mempunyai komputer yang secukupnya mengakibatkan pelajar-pelajar hilang minat dalam menggunakan komputer dan mereka pun tidak memberi perhatian dalam kelas. selain itu, pihak sekolah juga haruslah meyelenggara semua komputer masa dari masa.

      ReplyDelete
    8. Langkah yang saudari membangkitkan amat menarik dan boleh dipraktikkan untuk menyelesaikan masalah dalam pendidkan. Pihak sekolah haruslah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar bermanfaat dalam penggunaan internet...

      Ilavenii Sundraj
      A127381
      FEP/3

      ReplyDelete